Microsoft × Kementerian Pendidikan Malaysia × Iverson

Cikgu Copilot Challenge

Memperkasa Guru dengan AI untuk Pengajaran yang Lebih Pintar

Tentang Program

Apa itu Cikgu Copilot Challenge?

Inisiatif pembelajaran peringkat kebangsaan yang memberikan tunjuk ajar kepada para peserta bagaimana menggunakan Microsoft 365 Copilot Chat bagi merancang pengajaran, menyokong pembelajaran murid, dan mencipta aktiviti kelas yang lebih menarik.

Program ini menggabungkan keupayaan AI generatif dengan kurikulum Malaysia (DSKP) untuk membantu guru menjadi lebih efektif dan inovatif.

Pembelajaran Berstruktur

4 tema webinar yang komprehensif

Peluang Menang Hadiah

Cabaran Artefak & Kuiz Kahoot

Prompt-A-Thon Eksklusif

Jemputan khas di pejabat Microsoft Malaysia

Guru dan Pelajar Bersama AI
Sertai Webinar

4 Tema Webinar Eksklusif

Mulakan perjalanan anda sekarang untuk Belajar. Sertai & Menang! Daftar dan sertai mana-mana webinar pilihan anda (1 atau lebih). Sertai Kuiz Kahoot di akhir sesi dan berpeluang menjadi antara 3 pemenang teratas untuk memenangi hadiah menarik!

*Para pemenang juga akan menerima jemputan eksklusif untuk menyertai acara
Prompt-A-Thon!

Tema 1

Perancangan Pengajaran Lebih Berkesan dengan AI

Memperkenalkan guru kepada perancangan pengajaran berbantukan AI yang selaras dengan DSKP dan PBD, menggunakan AI untuk menghasilkan pelan pengajaran yang tersusun dan bersedia untuk digunakan di dalam kelas.

Apa yang anda akan pelajari:
  • Memahami peranan AI dalam membantu perancangan pengajaran selaras dengan DSKP
  • Menggunakan AI untuk menghasilkan RPH, objektif dan aktiviti PdP yang berkesan
  • Mengintegrasikan AI dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara praktikal dan beretika
Sesi 1
📅 25 April 2026 (Sabtu)
🕒 3PM – 4.30PM
💻 Virtual (Microsoft Teams)
Daftar Sekarang
Sesi 2
📅 30 April 2026 (Khamis)
🕒 3PM – 4.30PM
💻 Virtual (Microsoft Teams)
Daftar Sekarang
Terlepas Sesi Bengkel?

Tonton semula rakaman Webinar Tema 1 di sini

Akan Datang
Prompt-A-Thon

Tahniah Kepada Para Pemenang Kuiz Kahoot!

Anda akan dijemput untuk berganding dengan peserta lain di pejabat Microsoft Malaysia untuk berkolaborasi, berinovasi, dan menghasilkan prompt yang menonjol. Serlahkan kreativiti anda, perhalusi idea, dan bersaing untuk memenangi hadiah menarik!

Tema 2

Strategi Pengajaran yang Menyokong Setiap Murid

Memberi tumpuan kepada pengajaran inklusif, di mana guru belajar menyesuaikan pengajaran untuk pelajar dari pelbagai tahap kemampuan tanpa meningkatkan beban kerja.

Apa yang anda akan pelajari:
  • Menggunakan AI untuk mempelbagaikan strategi PdP mengikut tahap dan keperluan murid
  • Merancang aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan dengan bantuan AI
  • Menyokong pembelajaran inklusif dan berpusatkan murid melalui AI
Sesi 1
📅 9 Mei 2026 (Sabtu)
🕒 3PM – 4.30PM
💻 Virtual (Microsoft Teams)
Daftar Sekarang
Sesi 2
📅 21 Mei 2026 (Khamis)
🕒 3PM – 4.30PM
💻 Virtual (Microsoft Teams)
Daftar Sekarang
Terlepas Sesi Bengkel?

Tonton semula rakaman Webinar Tema 2 di sini

Akan Datang
Prompt-A-Thon

Tahniah Kepada Para Pemenang Kuiz Kahoot!

Anda akan dijemput untuk berganding dengan peserta lain di pejabat Microsoft Malaysia untuk berkolaborasi, berinovasi, dan menghasilkan prompt yang menonjol. Serlahkan kreativiti anda, perhalusi idea, dan bersaing untuk memenangi hadiah menarik!

Tema 3

Bekerja dengan Lebih Efisien dan Pantas Menggunakan AI

Menunjukkan bagaimana AI dapat mengurangkan masa persediaan guru sambil mengekalkan kualiti pengajaran, terutamanya untuk tugasan pentaksiran.

Apa yang anda akan pelajari:
  • Menggunakan AI untuk menjimatkan masa dalam tugasan harian guru
  • Menjana bahan pengajaran, soalan dan refleksi PdP dengan lebih pantas
  • Amalan penggunaan AI yang cekap, selamat dan beretika dalam tugas profesional guru
Sesi 1
📅 23 Mei 2026 (Sabtu)
🕒 3PM – 4.30PM
💻 Virtual (Microsoft Teams)
Daftar Sekarang
Sesi 2
📅 28 Mei 2026 (Khamis)
🕒 3PM – 4.30PM
💻 Virtual (Microsoft Teams)
Daftar Sekarang
Terlepas Sesi Bengkel?

Tonton semula rakaman Webinar Tema 3 di sini

Akan Datang
Prompt-A-Thon

Tahniah Kepada Para Pemenang Kuiz Kahoot!

Anda akan dijemput untuk berganding dengan peserta lain di pejabat Microsoft Malaysia untuk berkolaborasi, berinovasi, dan menghasilkan prompt yang menonjol. Serlahkan kreativiti anda, perhalusi idea, dan bersaing untuk memenangi hadiah menarik!

Tema 4

Meningkatkan Penglibatan Murid melalui Penggunaan AI secara Kreatif

Guru dapat menghasilkan aktiviti pembelajaran interaktif yang berpusatkan pelajar dengan menggunakan AI, sambil memperkukuh penggunaan yang bertanggungjawab dan beretika.

Apa yang anda akan pelajari:
  • Menggunakan AI untuk menjana idea PdP yang kreatif dan menarik
  • Meningkatkan penglibatan murid melalui aktiviti pembelajaran yang interaktif
  • Menggalakkan kreativiti dan pemikiran kritis murid dengan sokongan AI
Sesi 1
📅 4 Jun 2026 (Khamis)
🕒 3PM – 4.30PM
💻 Virtual (Microsoft Teams)
Daftar Sekarang
Sesi 2
📅 6 Jun 2026 (Sabtu)
🕒 3PM – 4.30PM
💻 Virtual (Microsoft Teams)
Daftar Sekarang
Terlepas Sesi Bengkel?

Tonton semula rakaman Webinar Tema 4 di sini

Akan Datang
Prompt-A-Thon

Tahniah Kepada Para Pemenang Kuiz Kahoot!

Anda akan dijemput untuk berganding dengan peserta lain di pejabat Microsoft Malaysia untuk berkolaborasi, berinovasi, dan menghasilkan prompt yang menonjol. Serlahkan kreativiti anda, perhalusi idea, dan bersaing untuk memenangi hadiah menarik!

Cabaran Artefak

Sertai Cabaran Artefak dan Menang Hadiah Menarik!

Terbuka kepada semua peserta yang telah menyertai sekurang-kurangnya satu webinar. Aplikasikan pembelajaran anda dengan menghantar artefak (pelan pengajaran) dan berpeluang menjadi antara tiga (3) penyertaan terbaik untuk memenangi hadiah menarik, termasuk 1 unit Microsoft Surface Pro untuk juara!

Kriteria Kelayakan

Telah menyertai sekurang-kurangnya 1 webinar

Format Penghantaran

Pelan Pengajaran (RPH) berbantukan AI

3 Pemenang Terbaik

Dinilai oleh panel pakar

Hadiah Cabaran Artefak – Microsoft Surface Pro
Pemenang

Tahniah Kepada Para Pemenang!

Anda akan dihubungi untuk urusan logistik hadiah.

Poster Pemenang Akan Dimuatnaik
Pemenang Kuiz Kahoot
Poster Pemenang Akan Dimuatnaik
Pemenang Cabaran Artefak
FAQ

Soalan Lazim

Ada soalan? Kami ada jawapannya.

Program ini terbuka kepada semua guru di Malaysia yang ingin mempelajari cara menggunakan AI dalam pengajaran. Tiada syarat pengalaman teknologi yang khusus diperlukan.
Tidak. Anda boleh memilih mana-mana tema yang relevan dengan keperluan anda. Walau bagaimanapun, untuk menyertai Cabaran Artefak, anda perlu menghadiri sekurang-kurangnya satu webinar.
Cabaran Artefak memerlukan peserta menghasilkan pelan pengajaran (RPH) yang dibantu AI menggunakan Microsoft 365 Copilot Chat, kemudian menghantar hasil kerja tersebut untuk dinilai oleh panel pakar.
Kuiz Kahoot akan dijalankan di akhir setiap sesi webinar. Pastikan anda hadir sehingga akhir sesi untuk menyertai kuiz dan berpeluang memenangi hadiah menarik.
Hanya pemenang Kuiz Kahoot yang layak menerima jemputan eksklusif untuk menyertai Prompt-A-Thon di pejabat Microsoft Malaysia. Acara ini adalah percuma untuk para pemenang.
Ya! Rakaman semua sesi bengkel tersedia untuk ditonton semula. Sila layari bahagian "Terlepas Sesi Bengkel?" di laman web ini untuk mengakses rakaman tersebut.